Thursday 12 November 2009

MAKSUD


Rangkap pertama :

Penyajak melukiskan gambaran ketika penyajak masih di bangku sekolah rendah bersama sahabat-sahabatnya, dimana mereka masih lagi belum matang serta keadaan pada masa itu sangat seronok.


Rangkap kedua :

Penyajak menyatakan perasaannya iaitu apabila penyajak dan sahabat-sahabatnya sudah mula meningkat remaja, keseronokan amat berbeza daripada zaman sebelumnya. Apabila mereka sudah meningkat remaja, masing-masing sibuk mengejar ilmu, menghadapi berbagai kesukaran dan cabaran serta dengan dorongan kematangan atau sifat kedewasaan yang semakin berkembang.


Rangkap ketiga :

Penyajak menggambarkan perihal kehidupannya bersama sahabat-sahabatnya apabila mereka beranjak dewasa dimana mereka sudah mempunyai pekerjaan masing-masing dan sudah mempunyai haluan hidup yang tertentu. Kemudian mereka sudah berubah menjadi orang dewasa dan tidak lagi bersifat nakal seperti dahulu. Penyajak juga menggambarkan bahawa beliau dan sahabat-sahabatnya mengimbas kembali kenangan mereka sewaktu mereka bersama.


Rangkap keempat :

Penyajak mengharapkan hubungan persahabatannya bersama sahabat-sahabatnya akan berkekalan walaupun usia mereka berlanjutan dan mereka sudah mendirikan rumahtangga mereka masing-masing .Penyajak menginginkan pertalian persahabatan diantara mereka tidak akan pernah terputus sampai bila-bila.






No comments:

Post a Comment