Wednesday 18 November 2009

Pengenalan Sajak

SAJAK

Dalam sastera, puisi terbahagi kepada dua jenis iaitu puisi jenis tradisional dan puisi jenis moden (sajak). Puisi tradisional atau puisi lama adalah seperti pantun, syair, seloka, gurindam dan selanjutnya. Manakala puisi moden atau lebih dikenali sebagai sajak tidak terikat kepada bentuk-bentuk puisi lama seperti yang dinyatakan sebelumnya. Sajak bebas daripada ikatan tradisional. Pernyataan fikiran penyair dapat dinyatakan dengan lebih bebas dan dinamis melalui sajak berbanding dengan gaya puisi lama yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu.



Menurut Za’ba, daripada perkataan “sajak” itu sebenarnya ada dua pengertian yang boleh difahami oleh orang Melayu sekarang iaitu makna sajak secara umumnya ialah segla jenis karangan berangkap baik pantun atau syair atau lain-lainnya. Manakala makna sajak secara khususnya ialah suatu jenis karangan berangkap cara baru dalam Bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu. Selain itu, menurut beliau, asal perkataan sajak ialah daripada perkataan Arab “saj” yang bererti karangan prosa yang memakai pertentangan bunyi sama ada pada hujung tiap-tiap ayat atau suku ayatnya.

Tuesday 17 November 2009

Analisis sajak "Musim menyusur pergi"

Menjadikan Sajak “Musim menyusur pergi” menjadi sebuah prosa

Enak-enak berkejaran dan melintasi hari senja yang merah. Kemudian memacu ribut basikal yang gagah lantas menjadikan ruang sekolah rendah kita menjadi segar.

Apabila menyonsong musim remaja, tiada lagi kemeriahan dirasakan. Semuanya lelah bergelut dengan ilmu, tabah mendepani sembilu dan segalanya adalah disebabkan kematangan.

Bila usia semakin berginjak dan musim remaja mula menjengah, alam pekerjaan pun mula mencelah. Haluannya adalah untuk tuntutan hidup. Aku, kau dan dia pun mula terbentuk. Apabila kenakalan sudah tiada, masing-masing mengingati detik kemesraan.

Semoga warna persahabatan kita berkekalan walaupun musim menyusur pergi. Biar mahligai baru kita bersemi dan biar segalanya telah berisi. Aku, kau dan dia akan tetap mengerti bahawa nilai sebuah ikatan suci kita yang tidak pernah mati!.

Monday 16 November 2009

Analisis sajak "Musim menyusur pergi"

BENTUK SAJAK


Rangkap sajak yang pertama diatas ini mengandungi empat baris serangkap (Quatrain).


Enak-enak berkejaran

Melintasi senja yang merah

Memacu ribut basikal gagah

Ruang sekolah rendah kita segar


Rangkap kedua pula, jumlah baris ayat ialah sebanyak 5 baris serangkap yang (Quint).

Menyongsong musim remaja

Tiada lagi kemeriahan

Lelah bergelut ilmu

Tabah mendepani sembilu

Segalanya kematangan


Rangkap ketiga mengandungi tujuh baris dalam serangkap (Septaim).


Bila usia berginjak

Musim dewasa menjengah

Alam pekerjaan mula mencelah

Haluannya adalah tuntutan hidup

Aku, kau dan dia mula terbentuk

Bila tiada kenakalan

Masing-masing mengingati detik kemesraan



Manakala pada rangkap keempat, jumlah baris yang terkandung ialah sebanyak 6 baris serangkap (Sekstet).


Moga warna persahabatan berkekalan

Biar musim menyusur pergi

Biar mahligai baru telah bersemi

Biar segalanya telah berisi

Aku, kau dan dia tetap mengerti

Nilai sebuah ikatan yang suci yang tidak pernah mati!.



Jadi secara ringkasnya, sajak ini terdiri dari empat rangkap. Rangkap pertama mengandungi 4 baris serangkap (Quatrain), rangkap kedua (Quint), rangkap ketiga (Septaim) dan rangkap ke empat (Sekstet).

Saturday 14 November 2009

Analisis sajak "Musim menyusur pergi"








Oleh yang demikian berdasarkan rima akhir bagi sajak “Musim menyusur pergi” ini menunjukkan bahawa sajak ini adalah berbentuk bebas, kerana ia tidak terikat dengan bentuk puisi tradisional iaitu seperti pantun (a/b/a/b) dan syair (a/a/a/a).

Friday 13 November 2009

Analisis sajak "Musim menyusur pergi"

Gaya bahasa

a. (Personifikasi):

Enak-enak berkejaran,
Melintasi senja yang merah,



b. (Simbol):

1) Tabah mendepani sembilu (Rangkap dua, baris keempat)
sembilu : cabaran atau kesukaran.

2) Biar mahligai baru telah bersemi (Rangkap keempat, baris ketiga)
mahligai : rumahtangga.



c. Pengulangan vokal (asonansi)


Enak-enak berkejaran – Pengulangan vokal e
Aku, kau dan dia mula terbentuk – Pengulangan vokal a



d.Pengulangan konsonan (aliterasi)

Masing-masing mengingati detik kemesraan – Pengulangan vokal m
Nilai sebuah ikatan yang suci yang tidak pernah mati!. – Pengulangan vokal n


Secara ringkasnya dapatlah dilihat bahawa penyajak sajak “Musim menyusur pergi” sangat bijak dalam mempelbagaikan penggunaan gaya bahasa yang berlainan agar sajak tersebut menjadi lebih indah dan menarik.

Thursday 12 November 2009

TEMA

Daripada sajak “Musim menyusur pergi” ia mempunyai tema mengenai hubungan persahabatan. Sajak ini menyatakan tentang hubungan persahabatan penyajak bersama sahabat-sahabatnya yang tidak akan terputus walaupun mereka sudah berubah haluan.



PERSOALAN

Melalui sajak ini, persoalan yang dapat ditimbulkan ialah mengenai kenangan bersama sahabat. Daripada persoalan ini dapat dinyatakan bahawa penyajak mengharap bahawa hubungan persahabatannya bersama sahabat-sahabatnya tidak akan pernah putus kerana terdapat banyak kenangan penyajak bersama sahabat-sahabatnya.



PERUTUSAN

Perutusan yang terdapat dalam sajak “Musim menyusur pergi” yang ingin disampaikan oleh penyajak ialah setiap indvidu itu pasti akan melalui zaman kanak-kanak, remaja dan zaman dewasa. Di samping itu, semua individu pasti akan mengalami kematangan, menghadapi pelbagai cabaran, mempuyai misi dan hala tujuan hidup yang tertentu.


PENGAJARAN

Diantara pengajaran yang terkandung dalam sajak Musim menyusur pergi” ialah pengeratan sialaturrahim atau persahabatan kerana dalam agama Islam juga sangat menekankan tentang pengeratan silaturrahim sesama manusia.

Selain daripada itu, pengajaran yang terdapat dalam sajak yang telah dibincangkan ialah tentang kepentingan ilmu. Ilmu pengetahuan adalah sangat penting, dalam Islam juga menggalakkan umatnya untuk mencari ilmu pengetahuan agar manusia mudah untuk menjalani kehidupan.