Thursday 12 November 2009

Analisis sajak "Musim menyusur pergi"

Corak


Bagi sajak “Musim menyusur pergi”, Kamariah Kamaruddin menggunakan corak elegi dan epigram. Dalam setiap rangkap sajak tersebut, menjelaskan tentang perasaan penyajak terhadap kisah silam yang sukar dilupakan dimana banyak hal yang berlaku sebelumnya sama ada kenangan yang menggembirakan dan menyedihkan di sepanjang penyajak menjalani kehidupan bersama sahabat-sahabatnya. Walau bagaimanapun, terselit pengajaran di dalamnya dimana sungguhpun penyajak dan sahabatnya telah membina hidup masing-masing, hubungan mereka sebagai teman tidak akan pernah putus. Hal ini dapat dilihat pada rangkap terakhir yang diberi penekanan oleh penyajak.


Nada


Jika diteliti sajak “Musim menyusur pergi”, ada dua nada yang dapat dikesan iaitu pertama nada sedih dan kedua nada harapan. Nada sedih dapat dilihat daripada rangkap satu, dua dan tiga dimana penyajak mengimbas kembali kenangannya bersama sahabat-sahabatnya dimana dari bangku sekolah hingga mereka beranjak dewasa dan masing-masing sudah mempunyai jalan sendiri. Manakala nada harapan dapat dilihat pada rangkap yang keempat iaitu pada rangkap terakhir dimana penyajak mengharapkan bahawa hubungan persahabatan mereka akan berkekalan.


Aliran


Dalam sajak “Musim menyusur pergi”, aliran yang dapat dikesan ialah aliran realisme iaitu terdapatnya unsur penekanan yang mengungkapkan kehidupan secara real atau benar (berpijak di bumi yang nyata). Daripada sajak “Musim menyusur pergi”, penyajak melukiskan kisah tentang keseronokan ketika penyajak bersama sahabatnya dari bermulanya mereka bersekolah, kemudian apabila meningkat remaja banyak rintangan yang berlaku atas sebab tumpuan kepada ilmu, kematangan dan apabila beranjak dewasa masing-masing sudah dengan haluannya yang tersendiri. Hal seperti ini adalah satu hal yang pasti berlaku kerana setiap individu mempunyai misi atau tujuannya yang tertentu, walau bagaimanapun pertalian persahabatan tidak akan putus melainkan masing-masing tidak mengendahkannya.




No comments:

Post a Comment